KP Tagline

We build the foundation for the future Malaysians......
Showing posts with label Pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pembelajaran. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Keistemewaan Sentuhan dalam Perkembangan Awal Kanak-kanak

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa:

i. Sentuhan atau pun 'touch' mencetuskan pengaliran 'Growth Hormone' dalam bayi dan kanak-kanak.

ii. 'Growth Hormone' amat diperlukan untuk bayi dan kanak-kanak membesar dengan sihat. Kekurangan 'Growth Hormone' boleh membantut tumbesaran bayi dan kanak-kanak.

iii. Bayi yang beri sentuhan dalam bentuk urutan atau 'massage' telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian berat badan dan seterus tumbesaran dan perkembangan yang positif.

iv. Bayi dan kanak-kanak mengguna sentuhan sebagai satu cara utama untuk berinteraksi secara sosial.

Friday, November 12, 2010

KEBIJAKSANAAN DALAM KEHIDUPAN

Kebijaksanaan adalah pelengkap kehidupan
Setiap detik saat dalam kehidupan dipenuhi dengan pengajarannya.
Pengajaran pula menjadikan manusia lebih bijak dari terdahulunya.
Kebijaksanaan memberi erti dan warna kepada kehidupan.

Ada 3 cara untuk kita mempelajari kebijaksanaan:

1. Muhasabah diri (refleksi)... cara yang paling mulia
2. Meniru (imitation) .... cara yang paling senang
3. Pengalaman (experience) ... cara yang paling pahit.

Kehidupan tanpa kebijaksaan adalah saperti air terjatuh keatas daun keladi...
tanpa kesan dan makna.