KP Tagline

We build the foundation for the future Malaysians......

Monday, October 18, 2010

'BABY WALKER'... MEMBANTU atau MENGHALANG?

'Baby walker' adalah semata-mata TIDAK SELAMAT walaupun dengan pengawasan yang rapi dari dewasa.

Orang dewasa tidak dapat bertindak secepat perlu kerana Baby dalam 'baby walker' boleh dalam sekelip mata:

 i.  Cedera bila terlangar objek-objek & sudut-sudut yang tajam.
ii. Terjatuh tangga atau ke dalam takungan air/kolam/longkang.
iii. Tersangkut kaki/pakaian kedalam rodanya sendiri.
iv. Tersentap jika walker diikat dengan tali.
v. Mencapai bahan/benda yang biasanya ia tidak boleh.
vi Menarik sesuatu yang ia patut tidak boleh tarik
vi. Terhantuk dinding/perabut yang besar-besar
vii. Bergerak dengan kelajuan yang menakutkan ( 3-5 kaki sesaat!!)
viii. Terbabas ke luar pengawasan orang yang mengasuh.

Bertentang dengan namanya, 'baby walker' sebenarnya TIDAK membantu anak anda untuk cepat berjalan.

Malah posisi dan kedudukan bayi yang tidak natural ketika berada dalam 'walker' itu akan melambatkan perkembangan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk berjalan secara natural.

No comments:

Post a Comment