KP Tagline

We build the foundation for the future Malaysians......

Sunday, October 31, 2010

Cabaran Optimal & Motivasi Pengasuh

Cabaran optimal adalah cabaran yang berbentuk kesederhanaan (moderation) iaitu tidak terlalu senang dan tidak terlalu susah.

Jika cabaran terlalu senang....pengasuh akan cepat menjadi bosan.
Jika terlalu mencabar pengasuh pula akan rasa takut dan cemas.

Dalam melalui cabaran optimal, pengasuh akan mengalami satu tahap keseronokan yang tinggi. Keseronokan ini akan merangsang mereka untuk mengulangi dan memperbaikki lagi performa mereka.


Cabaran optimal adalah yang terbaik untuk memotivasikan pengasuh.


Perhatian:

Ketahui dahulu keupayaan pengasuh anda supaya anda dapat mengenalpasti cabaran yang sesuai dengan keupayaannya.

Cubalah, semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment